Thursday, November 6, 2008

tak kisah

mereka kata ku gile,
lagilah aku suke,
otak ku geliga,
fikiran luar biase,
mereka kata ku samseng,
tapi ku xambil pusing,
pedulikan semua,
fikir ape yg penting!

mcm penah je aku letak lirik ni.

oh semalam aku sangatlah malang. knape? sbb nye pagi semalam (5 nov, 0730) kaki aku terseliuh masa turun tangga. bukan main sakit lagi, sakitnye aku ngn Tuhan je tau. aku mampu nangis je. sekarang aku dah jadi mcm org cacat, jadi tempang. bukanla aku nak mengutuk org2 cacat. no offense tho. kita semua cacat in a way kan. at least, itu ape yg aku percaya. kalau korg nak deny, aku xkisah. xde kaitan dgn aku.

gambar? ye, aku mmg dah ambik gamba kaki aku sbenanye. tapi bila aku fikir2 balik, xpayah je aku post gamba kaki aku yg bengkak dan masih bdarah lagi bwh kulit dia, nanti ade yang muntah. bila aku fikir lagi utk kali ke3, mungkin aku xkisah org nak muntah ke ape bila tengok gamba tu tapi perasaan malas tu dah ade, pandai2 la korg fikir sendiri. dah penat pulak aku fikir.

kalau boleh mmg aku xnak gerak langsung dari katil, satu hari baring aje biar org belikan mknn kalau aku lapa n sume. tapi seumur hidup aku, aku dah blaja utk jarang begantung dgn org sgt especially kwn2 aku, skt mcm mana skali pon, aku kene gak bdiri sendiri (like, literally). sbb tu bila dgn boyfriend aku jadi manja, semua benda nak bgantung dgn dia. tapi dia xphm tu. xape. aku xkisah, wpun ade kaitan ngn aku.

kaki aku dah ok sikit (6 nov, 0254) wpun masih dlm bandage. tapi skrg hati pulak sakit. kalau kaki terseliuh kita boleh letak ais utk redakan sakit, agaknye boleh x kalau letak ais kat dada bila hati kita sakit? rasanya xkot. dan aku xkan cuba teori tu, sbb aku bkn bodoh. tapi ade je org kata aku bodoh ke gile ke ape ke, blkg aku. xpe. aku xkisah. dosa dorg sendiri tanggung, xde kaitan dgn aku.

aku sdr, setiap kali aku post entry dalam bahasa melayu mesti ade org akan ejek punya. sbbnye selama tiga tahun aku menulis blog xpernah aku tulis entry dlm bm. mungkin aku xnak mengaku english aku makin teruk, setiap kali nak tulis something dlm english utk express something rase mcm makin byk sel neuron dalam otak kene kerje berbanding time aku foundation dulu. speaking english pun xbtol dah. tapi skrg xde bende yg memerlukan aku ckp english sgt so buat masa skrg aku xkisah, wpun satu masa nanti aku kene improve balik english aku ni.

and korg sedar tak, lelaki selalu kata benda mcm i wont ever leave you alone, aku rela mati dari buat kau nangis, u are my everything, and mcm2 lagi. tapi selama aku hidup ni (ok, aku tipu mayb after aziz) aku xpernah percaya 100% ape yg dckpkan tu. sbbnye, aku dah pnh lalui dan aku percaya mesti kwn2 perempuan aku pun byk jugak yg pnh lalui situasi mcm ni. so aku hrp pasni mana2 lelaki yg rase korg akan ckp mcm tu kat mana2 prmp, fikir dua tiga kali lagi sbb kalau prmp dah percaya ckp korg tu tapi last2 xjd mcm tu dia mayb xkan bgtau tapi dia akan ingat sampai bila2. aku? aku xkisah dah sbb dah lali sgt dgn perkara mcm ni.

oh dan disini aku nak bgtau kat sape2 yg mungkin xfaham lagi; ini blog aku dan aku boleh tulis ape2 je dlm blog ni asalkan aku xmelibatkan ape2 yg bkaitan dgn politik (xnak ade kaitan pun dgn politik) or ape2 isu sensitif negara skrg. so sapa2 yg baca ni, nak komen buruk2 baik simpan je pastu xyah dtg blog aku lagi sbb membuang masa korg je kan better korg pg garu bontot sendiri or something. and aku sepatutnya xkisah org nak fikir ape setiap kali aku post entry dlm blog ni. ye, aku akan buat mcm tu mulai dari saat ini.

3 comments:

z.a.z said...

hope kaki tu get well soon eyh~
^_^v

diRa said...

get well soon kaki wani.haha =)

bedazzled said...

okay it's in bm and i still read it. miss u babe. boh tension2 you know u can always count on me. and nora. and atul? (yang mok kawen dh) :P :P

love u lots.