Cinta zaman budak-budak
- sanggup belanja RM5 untuk beli set surat dan sampul yang berbunga-bunga dan tulis ayat cintan-cintan lepas tu letak dalam desk dia (masa tu duit poket sehari hanya RM2-RM3), siap letak perfume ibu atau bedak wangi supaya surat tu berbau wangi
- mula-mula malu nak jumpa, bila dah jumpa tak tahu nak borak pasal apa
- berbalas-balas surat padahal masa tu sama sekolah takpun sama kelas
- tidur ditemani gambar si dia
Cinta zaman remaja
- dah tahu erti borak-borak serba sedikit dengan si dia
- bila rasa tak serasi, cari orang lain yang lebih serasi dan tinggalkan si dia untuk orang lain tu :P
- dah ada telefon mudah alih, sudah mula berjinak-jinak dengan sistem pesanan ringkas
- belum dapat lagi untuk bertelefon sesuka hati sebab duit terhad untuk beli 'top-up'
- kalau nak telefon, telefon guna talian tetap dirumah sampai kena bayar RM1k. (ibu bapa yang kena bayar) LOL
Cinta zaman dewasa :P
- sudah ada duit masuk setiap bulan, maka boleh bertelefon 2-3 kali setiap minggu (itu pun kalau jauh antara satu sama lain)
- sudah tahu erti membeli hadiah yang mahal-mahal untuk si dia. jam 'Guess', Perfume
- setia dengan si dia untuk masa yang lama berbanding dengan zaman sebelumnya (dan moga berkekalan selama nya, Amin)
- sudah boleh berpacaran ke bandar kerana sudah ada lesen kereta dan untuk orang-orang yang bertuah, kereta
- sudah membuat perancangan untuk hari perkahwinan, atau berapa orang anak yang dikehendaki, tempat berbulan madu, etc.
p/s : harus menempuhi 14 hari lagi sebelum berjumpa si dia!!
10 comments:
haha ayat skema gle..mcm wat karangan bahasa melayu lak...
hehe skali skala wat post skema
btul btul dan btul :p
kita dah dewasa! hahah
hehe..da dewassa ek?
ni aper yg ko pnah wat ke wani?
haha..
@syara : haha mmg btol kan :P
@rose : rose, 21 tu dh kire dewasa dah doeee.. haha
@zima : zima, umur je dewasa, jiwa masih muda mcm kanak2
@alep : ko rase? :P
heheh..nampak sangat die banyak balak
dari skola rendah sampai besar
hahah
hahah crite lame rafi.. :P
oooo. pandai eh berchenta2 dari kecik sampai besar neh. esok da kawin baru tau life macam mana. how's utp? kenape tak update lg?
internet still tak ok ke kat sane?
Post a Comment