Saturday, January 9, 2010

Perbezaan

Cinta zaman budak-budak
  • sanggup belanja RM5 untuk beli set surat dan sampul yang berbunga-bunga dan tulis ayat cintan-cintan lepas tu letak dalam desk dia (masa tu duit poket sehari hanya RM2-RM3), siap letak perfume ibu atau bedak wangi supaya surat tu berbau wangi
  • mula-mula malu nak jumpa, bila dah jumpa tak tahu nak borak pasal apa
  • berbalas-balas surat padahal masa tu sama sekolah takpun sama kelas
  • tidur ditemani gambar si dia
Cinta zaman remaja
  • dah tahu erti borak-borak serba sedikit dengan si dia
  • bila rasa tak serasi, cari orang lain yang lebih serasi dan tinggalkan si dia untuk orang lain tu :P
  • dah ada telefon mudah alih, sudah mula berjinak-jinak dengan sistem pesanan ringkas
  • belum dapat lagi untuk bertelefon sesuka hati sebab duit terhad untuk beli 'top-up'
  • kalau nak telefon, telefon guna talian tetap dirumah sampai kena bayar RM1k. (ibu bapa yang kena bayar) LOL
Cinta zaman dewasa :P
  • sudah ada duit masuk setiap bulan, maka boleh bertelefon 2-3 kali setiap minggu (itu pun kalau jauh antara satu sama lain)
  • sudah tahu erti membeli hadiah yang mahal-mahal untuk si dia. jam 'Guess', Perfume
  • setia dengan si dia untuk masa yang lama berbanding dengan zaman sebelumnya (dan moga berkekalan selama nya, Amin)
  • sudah boleh berpacaran ke bandar kerana sudah ada lesen kereta dan untuk orang-orang yang bertuah, kereta
  • sudah membuat perancangan untuk hari perkahwinan, atau berapa orang anak yang dikehendaki, tempat berbulan madu, etc.
p/s : harus menempuhi 14 hari lagi sebelum berjumpa si dia!!

10 comments:

kamal said...

haha ayat skema gle..mcm wat karangan bahasa melayu lak...

wani gaga gugu gege said...

hehe skali skala wat post skema

syara said...

btul btul dan btul :p

Rose Idayu Roslan said...

kita dah dewasa! hahah

bLueSpeCky said...

hehe..da dewassa ek?

Alep Baek said...

ni aper yg ko pnah wat ke wani?
haha..

wani gaga gugu gege said...

@syara : haha mmg btol kan :P

@rose : rose, 21 tu dh kire dewasa dah doeee.. haha

@zima : zima, umur je dewasa, jiwa masih muda mcm kanak2

@alep : ko rase? :P

.::R A F I::. said...

heheh..nampak sangat die banyak balak

dari skola rendah sampai besar

hahah

wani gaga gugu gege said...

hahah crite lame rafi.. :P

hamlet said...

oooo. pandai eh berchenta2 dari kecik sampai besar neh. esok da kawin baru tau life macam mana. how's utp? kenape tak update lg?
internet still tak ok ke kat sane?